Monday 17 February 2014

Puisi : KERANA JODOh

PESANAN UNTUK KAUM HAWA



Ku sedari hidup ini diciptakan berpasangan,
Jadi diriku ini mencari pasangan yang belum ku temui itu,
Mencari bukan untuk mengajakmu ke arah jalan penzinaan
Iaitu melalui cara bercouple @ bercinta sebelum nikah,
Tetapi mencari untuk dijadikan pasangan hidupku,
Mencari dengan cara yang dibenarkan syariat,
Iaitu menerusi doa kepada Yang Maha Mengetahui,
Mencari untuk mengikat hubungan melalui perkahwinan,
Diriku ini tidak mahu mencarimu dengan cara yang dimurkai oleh Allah,
Iaitu dengan bermesej, berjumpa, berpegangan tangan, membuka auratku, melunakkan suaraku pada yang bukan hak,
Moga dijauhkan dari cinta yang mengundang kemurkaanMu,
Moga cinta kita bersemi selepas akad nikah,
Doaku moga Allah pilihku untuk tergolong dalam golongan gadis solehah,
Solehah sebelum dan selepas nikah,
Kerana itu adalah sebaik-baik perhiasan dunia,
Moga dipadankan dengan hambamu yang soleh,
Untuk bercinta dalam cintaMu,
Saat itu pasti akan tiba….


PESANAN UNTUK KAUM ADAM


Jika tiada ikatan akad nikah yang menghubungkan kita,
Engkau bukan jodohku lagi,
Janganlah engkau cuba ingin membeli cintaku dengan harga yang murah,
Membeli cintaku dengan harga mesej, chatting dan hadiahmu,
Belilah cintaku ini dengan harga yang sangat tinggi,
Iaitu harga tanggungjawab seorang suami melalui perkahwinan,
Jagalah dirimu daripada laranganNya,
Moga Allah menjagaku daripada melakukan laranganNya juga,
Aku tidak boleh menjagamu lagi kerana engkau bukan tanggungjwabku,
Tanggungjawab itu hanya selepas kahwin,
Aku serahkan engkau untuk jagaan Allah,
Kerana sebaik-baik penjagaan ialah jagaan Allah,
Ku doakan moga Allah menjagamu,
Menjagamu daripada fitnah dunia iaitu daripada godaan wanita lain,
Persiapkan sebanyak mungkin bekalan ilmu,
Bekalan untuk mendidikku dan anak-anakku nanti,
Aku sedia menanti kehadiranmu dalam keadaan diriku dan dirimu yang sudah bersedia,
Bersedia untuk memikul amanah Allah iaitu amanah rumah tangga,
Jadikan masa sebelum pernikahan ini untukmu membuat sebanyak mungkin persiapan,
Latih kesetiaanmu dengan menjaga batas pergaulan dengan wanita lain,
Serlahkan kebijaksaanmu dengan bijak menangkis tipu muslihat kaum hawa,
Tundukkanlah pandanganmu untuk menjaga hatimu,
Cintailah diriku kerana agamaku,
Bukan kerana fizikalku kerana ia tidak kekal,
Di mana pun engkau berada moga Allah satukan kita,
Satukan kita dengan niat ingin mencari keredaan Allah,
Dan juga ingin menjaga maruah diri dan pandangan kita,
Yang ingin kita bina Syurga Dunia dalam redhaNya,
Bukan keluarga biasa tetapi Baitul Dua’t,
Kerana lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Lelaki yang soleh hanya layak dipadankan dengan gadis solehah,
Untungnya suami yang soleh kerana mendapat isteri yang solehah,
Kerana isteri yang solehah itu sebaik-baik perhiasan dunia,
Hati yang bertaut dengan niat dan cara yang betul,
Iaitu cara yang mengikut syariat,
Akan membuahkan keindahan cinta dalam cintaNya..
Sabarkan dirimu duhai hati,
Kerana saat itu akan tiba jua…….





Cinta itu kita boleh memilikinya sebelum atau selepas kahwin,


Diriku memilih untuk memilikinya selepas kahwin……..

cinta yang diredhai ALLAH..


nikah atau tundukkan pandangan dan menjaga maruah diri

“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” 
[QS an-Nuur, 24:32]  
 
 “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” 
[QS an-Nuur, 24:30] 
pilihan sama ada

menjadi perempuan yang baik dan dapat lelaki yang baik,
menjadi perempuan yang keji dan dapat lelaki yang keji..
“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” 
[QS An-Nuur, 24:26]


“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” 
[QS Ar-Rum, 30:21] 

“Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

Bacalah doa: 
“Ya Rabb kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al Furqon: 74).

dalam doa ini kita minta pasangann sebagai penyenang hati dan moga Allah memilih kita menjadi imam kepada siapa? kepada orang yang bertaqwa.


2 comments:

  1. semoga teguh dalam penantian ukhti fillah. terpelihara dan terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.... moga kita terpelihara dan terjaga... jzzkillah ukhti ^_^

      Delete