Wednesday 9 July 2014

IFTAR MEGA AKHWAT

Assalamualaikum.....

Apa khabar? sihat x? moga semua dalam keadaan baik yer.
Apa khabar iman? moga bertambah baik. moga semakin dekat dengan Allah.

Alhamdulillah dengan izin Allah kita masih diberi peluang untuk hidup lagi dibumi Allah ini.
Kita hanya merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik. Ana merancang untuk berada di Kuala Kangsar tetapi perancangan Allah yang terbaik dan memilih ana untuk menetap di rumah akhwat di Visa selama 11 hari.. hehe lama kan?

housemate : bila nak balik umah sewa?
ana : insya Allah esok

housemate : akak jadi x nak balik umah sewa hari ni?
ana : xjadi la sebab ada beberapa hal yang nak diuruskan disini..

akhwat : anti plan balik KK bila yer?
ana : insya Allah esok. Moga Allah permudahkan..

______________________________________________________________________________

IFTAR MEGA AKHWAT

anti : anti rasa apa menu yang kita patut masak untuk IFTAR MEGA AKHWAT nanti?
ana : bila iftarnya? ana rasa kita buat nasi ayam ok x?
anti : iftar, esok, xmahal ke bajet untuk buat nasi ayam? macam mewah je?
ana : hah? esok. isy kita dah kena start prepare barang masak ni. menu pun kita dah kena plan ni. esok dah iftar dah. iftar mega pulak tu. dalam 40 orang juga ni..
anti : ana lantik anti untuk handle makanan, boleh x?
ana : hah? ana, ana takut la untuk masak untuk ramai orang ni, kalau masak sikit-sikit boleh la.
anti : insya Allah boleh..
ana : insya Allah..

menu :

Nasi Ayam
Sirap Limau
Koktel
Buah Tembikai
Tamar / Kurma

peserta :

+- 60 orang

jemputan :

Assalamualaikum jemputan untuk IFTAR MEGA AKHWAT pada 3/7/2014 jam 5-8ptg di VISA.

SEND

insya Allah
Ana akan usahakan Insya Allah
Ana dapat datang
Ana datang lewat sikit
dan lain-lain..

tentatif :

tadarus al-Quran
Pengisian Dr Nissa
Iftar
SOlat Maghrib berjemaah
Bersurai

Tadarus Al-Quran

Nasi Ayam

Nasi Ayam

minumam Sirap Limau

motor akhwat
___________________________________(^_^ )______________________________

Akhwat : Anti memang pernah masak untuk kuantiti banyak ke sebelum ni?
Ana : yer pernah, ana pernah kerja gerai makan jual nasi ayam, laksa, mee kari dan lain-lain. kenapa kak?
Akhwat : Ohh patut la, nampak anti macam mahir..

___________________________________(^_^ )______________________________

Ummi : macam mana anti masak banyak-banyak ni, sedap la
Ana : resepi ambil dari internet, anggaran bahan tu saya call tanya ma saya, masak sekali gan akhwat
Ummi : nanti ana boleh ambil resepi yer.
Ana : Insya Allah, boleh ummi.

___________________________________(^_^ )______________________________

AKhwat : akak saya tengok dah macam tuan rumah dah
ANa : ahh, pulak dah. kenapa pulak?
AKhwat : yer la, pakai baju (.......), lepas tu check makanan kat dapur, lepas tu bungkus-bungkus makanan pulak
Ana : eh, ye ke. Ana bukan tuan rumah di Vida hanya kebetulan ana ada disini.
___________________________________(^_^ )______________________________

dapat 1 mesej dari Murabbiah tersayang

Salam, jzkk kerana memasak tadi..:) Byk pahala anti dan team memasak anti.


lepas Halaqah sambil berjalan-jalan

akak yang iftar hari tu bukan saya sorang masak, saya masak gan akhwat juga,

tapi serius sedap, cukup bahan dan rasa.

akak nak tahu x satu cerita tentang pengalaman saya memasak?

oh, boleh juga

akak sebenarnya saya trauma untuk masak dalam kuantiti banyak, sebenarnya saya sangat takut untuk handle masak time iftar hari tu kak, tahun lepas saya pernah handle team masakan satu kem kat Perak, saya lambat basuh ayam dan menyebabkan ayam itu berbau dan terpaksa dibuang kerana tidak sesuai untuk dihidang untuk peserta, harga ayam itu RM400++, saya menagis time tu, saya rasa saya gagal dalam masakan dan tidak layak untuk handle lagi. 

selepas itu saya janji dengan diri saya, saya tidak mahu masak dalam kuantiti banyak lagi, saya sangat trauma, tapi saya fikir sampai bila saya mahu menyalahkan diri saya, saya mesti perbaiki setiap kelemahan diri saya, saya kerja di gerai makanan, saya tinggal dirumah sewa untuk memasak, saya join kursus masakan dan dapat sijil dan saya banyak bertanya dengan orang yang lebih mahir, sehingga la akhwat minta ana untuk handle masakan IFTAR MEGA AKHWAT, ana rasa serba salah, tapi ana positif dan beri peluang untuk diri ana belajar sesuatu. yang lepas biarlah lepas. 

kejadian itu banyak memberi ibrah kepada diri ana.

___________________________________(^_^ )______________________________

ANti : Akak sebagai pic IFTAR MEGA AKHWAT mengucapkan terima kasih kerana memasak dan membantu dalam iftar kali ini.

ANa : sama-sama akak, kebetulan ana ada dirumah ini.

ANti : sebenarnya ana silap tarikh, tarikh yang sebenar ialah 10/7/2014, tetapi disebabkan kita dah plan n invite akhwat-akhwat kita terpaksa run juga, 

Ana : ada hikmah tu Allah percepatkan IFTAR MEGA ni sebab hampir semua akhwat dapat datang, Dr NIssa, Dr Atifah, Ummi dan ana pun dapat datang juga. kebetulan semua cuti hari tu.. hehe

Anti : Ye la, memang perancangan Allah itu yang terbaik yer..

Ana : Alhamdulillah...



___________________________________(^_^ )______________________________

Ana rasa sangat gembira bila dapat berjumpa dengan akhwat-akhwat semua, hilang rasa penat memasak. Rasa seronok yang tak terkata. Alhamdulillah YA Allah yang mengatur pertemuan kami semua ini...

"Kita bertemu dan berpisah kerana Allah, Insya Allah"

___________________________________(^_^ )______________________________

Perumpamaan teman duduk yang baik dengan teman duduk yang jelek adalah seperti penjual minyak wangi dengan pandai besi. Adapun penjual minyak wangi, engkau akan membelinya atau engkau akan mendapatkan baunya yang wangi. Sementara pandai besi ia akan membakar badanmu atau bajumu atau engkau akan mendapat baunya yang tidak enak.” (Mutafaqqun ‘alaih).

“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al Anfal: 63)
Wallahu’alam.



“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih. ( HR Abu Daud)
Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah.” ( HR tirmizi)
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (ishlah) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (QS. 49:10)



2 comments:

  1. wah. masak di Raudhah dan beyt shahadah lak. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah ukhti... ana tidak pernah lg datang sana lg.. moga disampaikan jua disana nanti

      Delete