Wednesday 11 July 2012

DUA CINTA YANG TIDAK MUNGKIN AKAN BERSAMA



Hati tidak sabar menanti kedatangan kakak  untuk halaqah di surau asrama Sri Teja....
Setelah halaqah bermula, tiba-tiba hati tersentuh pada bab couple..

Kak S  : sebagai seorang islam kita tidak boleh mencapur adukkan kebenaran dengan kebatilan. Try     
              tengok surah Al-Baqarah , ayat 42.......

“Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan ( batil ialah kesalahan, kejahatan, kemungkaran dan sebagainya) dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya” ( QS Al-Baqarah 2:42 )

Sarah   : tidak faham la... macam mana tu??
Kak     : contohnya couple,, couple kan haram kerana menghampiri 
              zina... try tengok surah ayat Surah Al-Israa’(17) ayat 32: 

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Sarah   : saya tak tahu pun couple tu haram...
Kak     : couple tu haram sebab ia menhampiri zina..... mata, tangan, hati, 
              kaki turut berzina.... bukan zina  kemaluan sahaja

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)


Sarah   : jika kita couple macam mana ? ( aku kuatkan semangat untuk bertanya )
Kak     : kalau dah tahu couple tu haram, kena clash la...
Sarah   : clash ??

Setibanya di bilik. Kata-kata kakak Halaqah tadi masih tergiang-giang di telinga ku...
Couple haram ??
Aku couple  macam mana ni??
Aku dah couple hampir 2 tahun dah, family masing-masing pun tidak menghalang perhubungan kami, kami dah janji nak kahwin lepas habis study...
Nak clash ke tak??
Kalau aku terus couple, aku akan mencampurkan kebenaran dengan kebatilan,....
Tidak, aku kena clash ke??
Adui, kalau x clash sekarang, kemudian hari kena clash jugak....
Ya Allah, apa yang harus aku buat??
Kalau dengan clash, akan membuatkan aku dapat redha Allah, untuk kebaikan diriku, aku sanggup clash... apa nak jadi, jadi lah selepas ini.....

Macam mana nak bagi tahu nak clash ni??
Urm,, mesej @ call??  kalau call nanti kena marah.... mesej jer lah

Sarah    : Salam awak, saya nak bagi tahu awak yang saya hendak 
               tumpukan pada pelajaran dulu, saya xnak fikir pasal 
               perhubungan kita lagi, saya nak clash dengan awak....
Hakim   : awak ada lelaki lain ke kat matrik?? Kenapa awak nak clash 
               dengan saya??
Sarah    : saya tahu couple itu haram, jadi saya nak clash dengan awak 
               sekarang jugak. Saya harap awak faham. Saya tak nak mesej, 
              call dengan awak lagi, saya nak remove awak dari facebook 
                                                                     saya....
                                                      Hakim  : sampai hati awak buat saya macam ni.....
                                                     Sarah    : saya doakan semoga awak jumpa perempuan yang jauh lebih 
                                                                    baik daripada saya.... wassalam...

10 missed call from Hakim....... 
5  text messeges from Hakim

Aku terus menangis, aku tidak percaya apa yang aku telah buat...... clash??
Teringat ayat Al-Quran surah An-Nur 24:31

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
[QS An-Nuur, 24:31] 

Jika dengan aku clash dapat membuatkan aku dapat menjaga pandanganku, dapat memelihara kemaluan seterusnya dapat menjamin kesempurnaan menutup auratku.... aku sanggup kerana ingin mencari redha-MU Ya Allah.... sesungguhnya

“.... keridhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung.” ( QS At-Taubah 9:72 )

bantulah hambamu yang lemah ini.... berilah aku kekuatan.. apa yang harus aku lakukan??

1) Bertaubat

Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [QS An-Nuur, 24:31]

2) Mohon ampun

"Mohon ampunlah kepada Tuhanmu semua dan bertaubatlah kepadaNya." (Hud: 3)

teringat pertanyaan seorang akhwat
Kak ina : kenapa Allah masih hidupkan kita??
Sarah : sebab Allah suruh kita buat banyak amalan lagi, betul x??
Kak ina : Sebenarnya Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat..
Sarah : betul tu, Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk bertaubat...
 
"Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang nashuha - yakni yang sebenar-benarnya." (at-Tahrim: 8)
Keterangan:

Taubat nashuha itu wajib dilakukan dengan memenuhi tiga macam syarat sebagaimana di bawah ini, iaitu:
(a)        Semua hal-hal yang mengakibatkan diterapi seksa, kerana berupa perbuatan yang dosa jika dikerjakan, wajib ditinggalkan secara sekaligus dan tidak diulangi lagi.
(b)       Bertekad bulat dan teguh untuk memurnikan serta membersihkan diri sendiri dari semua perkara dosa tadi tanpa bimbang dan ragu-ragu.
(c)        Segala   perbuatannya   jangan   dicampuri   apa-apa   yang mungkin dapat mengotori atau sebab-sebab yang menjurus ke arah dapat merosakkan taubatnya itu.

3) Berdoa


“Wahai Tuhanku! Bahawasanya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa (........... ) baik untukku dalam urusan agamaku, duniaku, akhiratku maka berilah dia untukku.. Jika ada yang lain yang lebih baik daripadanya untukku pada urusan agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain untukku” ( HR Imam Ahmad )

 “Ya Allah, jadikanlah hamba-MU ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku” (HR Muslim )

“ Oh Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikalah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”

Dua tahun masa berlalu, alhamdulillah aku dapat buktikan yang aku boleh hidup tanpa dia... Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha berkuasa.. Sesungguhnya pengaturan Allah itulah yang terbaik... aku rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini... hatiku sangat tenang...

Kakak angkat : salam sarah apa khabar? Sihat ke??
Sarah : wasalam, sihat kak, rindu akak, akak sihat ke??
Kakak angkat : alhamdulillah sihat, sarah, akak nak tanya satu soalan,
Sarah : boleh, soalan apa akak??
Kakak angkat : sarah dah clash kan?? Sekarang single kan
Sarah : yer, Sarah single sekarang ni, kenapa kak??
Kakak angkat : akak bagi nombor sarah kat seorang laki, adik angkat akak iaitu Irwan..
Sarah : patutlah dia send mesej kat sarah.. tapi sarah dah jelaskan kat dia
Kakak angkat : dia baru clash, jadi akak bagi nombor sarah kat dia. Akak harap sarah dapat jadi penganti..
Sarah : akak, sarah memang masih single tapi tidak available... sarah clash pun sebab tak nak couple, jadi mana-mana lelaki pun tak kan boleh isi kekosongan itu...
Kakak angkat : akak faham, akak doakan semoga sarah berjumpa jodoh yang baik...
Sarah : terima kasih akak kerana memahami Sarah....

Sesorang itu dikahwini kerana empat perkara, kerana KECANTIKAN, KEKAYAAN, KETURUNAN dan AGAMANYA, kahwinlah kerana AGAMANYA nescaya engkau akan bahagia..

Islam dah bagi tips macam mana hendak membina Baitul Quran yang bahagia iaitu dengan memilih pasangan yang beragama..

Tetapi jika kita hendak memiliki pasangan yang beragama, beriman, baik kita kena terlebih dahulu menjadi seorang yang beragama, beriman dan baik..... kerana

“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” 
[QS An-Nuur, 24:26]

Jodoh kita sesuai dengan level iman kita..... pilihan terletak pada tangan kita.....

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya,  
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, [Asy-Syam, 91 : 7-8] 

Kenapa mesti  membuat pilihan ?? 

Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu),  
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"  
[Asy-Syam, 91 : 9-10] 


Kenapa kita kena berubah menjadi wanita @ gadis yang baik?? Kerana 


"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” 
[HR an-Nasa’i dan Ahmad]

Seindah mana pun perhiasan di dunia ini tidak dapat mengalahkan wanita solehah... kerana wanita solehah adalah perhiasan terbaik di dunia iaitu seseorang yang menjaga iman dengan proses tarbiyah tersusun sebelum berkahwin seterusnya untuk mendidik dan mentarbiyah bakal anak-anak  nanti...

"Harta yang paling utama adalah lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu suami menegakkan imannya." 
[HR Tirmidzi]

Isteri solehah juga adalah antara harta yang paling utama kerana isteri solehah bukan sahaja berusaha untuk menjaga imannya malah membantu suaminya menegakkan imannya......



Aku bertekad, masa yang ada ini akan aku gunakan dengan sebaiknya untuk merubah diriku, aku tahu diriku masih terlalu banyak dosa dan karat jahiliah...insya Allah jalan kesempurnaan itu ada di sepanjang jalan, kerana perubahan itu seiring dengan usaha dan masa..

Allah Ta'ala berfirman:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, maka pasti akan Kami tunjukkan mereka itu akan jalan Kami dan sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang berbuat baik." (al-Ankabut: 69)

“ sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan 
                                                      membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari 
                                                   apa yang mereka telah kerjakan. “ (QS An-Nahl : 97 )


buah yang sudah dipetik - 06
~~ Rumahku Syurgaku, WB Kelantan ~~
dua cinta yang tidak mungkin bersama...

No comments:

Post a Comment