Monday 30 July 2012

UMUR YANG DIBERKAHI





Waktu adalah kekayaan yang paling berharga yang kita miliki sekarang ini. Dan Allah telah bersumpah dengan waktu iaitu “Demi masa” (QS Al-‘Asr).  Dan Tuhan tidak akan bersumpah dengan sesuatu kecuali sesuatu tersebut sangat berharga dan bernilai. Maka umat yang tidak mengerti betapa berharganya waktu tidak akan mungkin menjadi “umat yang terbaik”. Banyak manusia yang berumur singkat tetapi sejarah mengabdikannya hingga ratusan tahun. Maka janganlah anda menghabiskan waktu yang berharga ini kecuali dengan sesuatu yang berharga juga.

DIDIKAN YANG MULIA YANG DITERIMA DARI ORANG YANG MULIA

            Sebelum saidina Ali memeluk islam, Saidina Ali mendapat pengasuhan yang paling baik dalam pangkuan Nabi. Ia didik oleh Nabi sendiri siang dan malam dan dibawanya ke mana-man seperti anaknya sendiri, hinggalah ia mencapai usia dewasa.
            Dengan didikan yang mulia yang diterima dari orang yang mulia, maka dengan sebab itu Ali terkenal sebagai seorang yang berperangai baik, berkelakuan yang mengembirakan, berbudi mulia, segala tindakannya selalui dihargai, pekertinya istimewa, adabnya bagus, pergaulannya dengan orang yang terpuji dan selalu berlemah lembut, bercakap benar,berjiwa sosial terhadap kaum yang susah, suka membantu orang fakir dan miskin, berbelas kasihan terhadap yang memerlukan sesuatu sehingga dapat dibantunya atau diatasi masalah.
            Saidina Ali adalah orang yang pertama yang memeluk islam dari golongan kanak-kanak iaitu ketika usianya sekitar lapan tahun. Hatinya terbuka untuk memeluk islam, yang mana tiada lain melainkan di sebabkan adanya taufik dan hidayah daripada Allah dan dengan berkat doa bapa dan ibu angkatnya. Setelah memeluk islam, setiap detik dan waktu digunakan untuk menyebarkan agama Islam bersama Nabi Muhammad Saw..

10 sahabat yang dijamin syurga juga sangat berjasa besar kepada Islam dan diabadikan sehingga sekarang IAITU :

1.      Abu Bakar al-Siddiq (seorang yang paling dipercayai dan dikasihi oleh Nabi Saw)
2.      Umar al-Khattab (seorang yang berfikiran tajam dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi)
3.      Uthman bin Affan (seorang usahawan yang sangat pemurah dan seorang yang mempunyai kekuatan untuk berunding)
4.      Ali bin Abi Talib (berilmu tinggi dan berkepimpinan)
5.      Abdul Rahman bin ‘Auf (strategis dalam bidang perniagaan sehingga mampu menumbangkan ekonomi Yahudi)
6.      Thalhah bin Ubaidullah RA (pahlawan perang yang telah putus kesemua jari dan digelar sebagai orang mati yang berjalan dimuka bumi lantaran keadaanya yang sangat teruk)
7.      Al-Zubair bin al-‘Awwan (panglima perang yang sangat berani sehingga digelar hawari @ pembantu Nabi Saw)
8.      Abu Ubaidah Amir al-Jarrah (orang yang menjadi kepercayaan ummah)
9.      Sa’ad bin Abi Waqqas (pemanah yang tidak pernah tersasar dalam bidikannya)

Keberanian dan kecintaan beliau kepada Islam terserlah apabila beliau menyerahkan dirinya dan setiap usianya kepada Islam serta dengan berani menyatakan kepada baginda SAW :


“Aku adalah panah daripada panah-panah islam,

maka tujukanlah aku ke mana sahaja yang engkau suka ”
( Sa’ad bin Abi Waqqas RA )

Sa’ad RA melaungkan slogan yang sangat baik ini, slogan ini merupakan lambang keyakinan yang tinggi memuncak serta simbol kepada keberjayaan tarbiah Nabi SAW

10.  Sa’id Zaid (adik ipar Umar al-Khattab yang terkenal dengan mulut masin)

Sesungguhnya mereka adalah antara orang-orang yang selalu bersegera dan berlomba-lomba dalam (mengerjakan) perbuatan dan pekerjaan yang baik.

Persoalannya, dihabiskan di mana hari-hari anda??
Menonton bola sehingga 2-3 jam?
Membaca majalah yang tidak berfaedah ?
Menghabiskan masa dengan movie korea ?
Bermalas-malasan ?

Apakah ini yang anda lakukan ?
Inikah umat Muhammad ?
Inikah waktu yang Allah bersumpah dengannya dan akan ditanya pada hari kiamat ?

Jika kita kembali kepada sirah keagungan,

Usamah bin Zaid memimpin pasukan Muslimin ketika berusia 16 tahun. Memimpin pasukan yang bukan sembarangan pasukan iaitu pasukan yang disertai di dalamnya terdapat banyak sahabat besar

Kemudian, Muhammad Al-Fatih yang berusia 23 tahun sukses menaklukkan Kostantinopel setelah sebanyak 29 kali percubaan telah dilakukan oleh kuasa-kuasa besar seluruh dunia untuk menawan kerajaan ini.

Imam An-Nawawi, pengarang kita Riyad Ash-Shalihin, meninggal saat berusia 40 tahun dan belum sempat menikah sebab sibuk dengan ilmu pengetahuan.

Inilah umat Muhammad yang sukses dan orang-orang yang diharapkan untuk memajukan umat. Bangkitlah dan bergegaslah  tentang dunia anda! Dalam konsep masa kita tidak boleh menunggu kerja sebaliknya kita yang  mencari kerja yang dapat dimanfaatkan dan memberi manfaat kepada diri, bangsa dan agama kita. Oleh itu, semangat berkobar-kobar ingin berkorban dan berbakti kepada Islam  harus dipupuk bermula dari sekarang kerana disebalik kejayaan sesutu tugasan disertai dengan preparation dan planning yang hebat dan mantap.

Sesungguhnya waktu itu emas. Tidak! Lebih mahal daripada emas kerana emas boleh diperjual-belikan  tetapi waktu tidak. Jadi, marilah kita jadikan umur kita ini sebagai umur yang diberkati dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Menjadi umat yang terbaik hanya akan terwujud jika kita mampu memanfaatkan seluruh karunia yang diberikan Allah dengan sebaik mungkin.

Sudahkah anda merasakan pentingnya UMUR dan MASA kita itu ?

Jika YA,  teruskan dengan “ CHANGE AHEAD ”.... 





buah yang sudah dipetik - 7
~~ Rumahku Syurgaku, WB Kelantan ~~
Dalam konsep masa kita tidak boleh menunggu kerja sebaliknya kita yang  mencari kerja yang dapat dimanfaatkan dan memberi manfaat kepada diri, bangsa dan agama kita....

No comments:

Post a Comment