Saturday 5 January 2013

UMUR YANG DIBERIKAN ALLAH (5/1/1992)


UMUR YANG DIBERIKAN ALLAH (5/1/1992)


(mutiara nasihat drpd temanku)

Ya Allah cintakanlah hati-hati ini di atas jalan islamMu.. jauhkan cinta ini dari perkara maksiat dan nafsu yang menyumbang kami dari jauh dari perjuangan.. Ya Allah, jangan pisahkan ikatan hati kami setelah ia bertaut untuk menggapai redhaMu.. tenangkanlah hati, damaikanlah jiwa kami tatkala d uji iman kami yang sedikit Cuma.. YA Allah, jangan engkau rapuh dan lunturkan hati kami untuk sebaris d saf para ansorullah.. janji kami, baiah setia, sehidup semati di jalanMu.. insya Allah :) Sanah helwah (ukhti A 5/1/2013 12:02:11 am)

Assalamu’alaikum... Salam 22 Safar Farahim... Namamu indah, persis mutiara di dasar lautan, jauh xnampak, namun tetap kekal bernilai... Syg, sanah helwah. Semoga pertambahan usiamu ini menjadikan dirimu semakin dekat dengan Dia. Berilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah... Jaga iman, jaga diri yer J semoga sentiasa dalam redhaNya. (ukhti i 5/1/2013 12:01:37 am)


puisi meraikan hari lahirku 

Duhai hati jika kebaikan yang engkau mahukan carilah dengan Al-quran dan as-sunnah
Jika engkau mahu mendapat cinta Allah ikutlah apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang Allah larang
Jika engkau mahu menurut hawa nafsu ingtlah neraka yang panas membara sedang menunggumu
Jika engkau rasa dirimu penuh dosa ingatlah keampunan dan taubat telah Allah sediakan untukmu
Jika engkau rasa berputus asa tengoklah air terjun sentiasa mengalir walaupun dihalang oleh batu-batu yang banyak
Jika engkau mahu mencari cinta manusia sila check macam mana cintamu pada Allah dan Rasulullah
Jika engkau rasa malas ingtlah masa itu umur mu yang Allah berikan
Jika engkau malas buat mutabaah ingtlah iman akan meningkat jika amal meningkat
Jika engkau sakit ingtlah ada lagi orang yang menghidap penyakit yang lagi kronik
Jika engkau kecewa dengan ukhwah yang hambar ingtlah engkau harus bersyukur kerana dikurniakan seorang teman
Jika engkau mahu kejar dunia ingatlah dunia ini hanya senda gurau dan sementara
Jika engkau mahu kejar akhirat maka bersungguh-sungguhlah dikau dalam mengejarnya
Duhai hati
Jika engkau mahu berubah menjadi gadis yang lebih baik ikhlaskan niatmu, bulatkan tekad, berdoa dan bermujahadahlah
Ingtlah jika kita berubah orang disekeliling kita akan gembira dengan perubahan diri kita walaupun mereka tidak lafazkan
Duhai hati
Jadilah orang yang membawa sirna ke mana saja kita pergi bukan membawa kegelapan
Bawalah sirna harapan, kegembiraan, keimanan, sirna positif dalam hidup kita dan hidup orang lain
Jadikan muslimah yang solehah itu sebagai pembakar semangat untukmu berubah sepertinya
Diriku yakin setiap orang mengimpikan untuk menjadi “wanita solehah” aset perhiasan terindah dunia serta penyejuk mata
Ayuh kita sama-sama menambahkan Quantity dan Quality “wanita yang berharga” kepada agama kita

Ya Allah jadikan diriku lebih baik daripada sebelum ini dalam mendapat sesuatu yang terbaik daripadamu untuk diriku, agamaku, duniaku dan akhiratku
Oh tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, anugerahkanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Anugerah



(5/1/2013 asrama kuisas 2:30 am)


buah yang sudah dipetik - 11
~~ asrama Kuisas At1-11 ~~
dapat hadiah yang sangat special daripada Pencipta sempena Hari Lahir ke 21..


No comments:

Post a Comment