PESANAN UNTUK
KAUM HAWA
Ku sedari hidup ini
diciptakan berpasangan,
Jadi diriku ini mencari
pasangan yang belum ku temui itu,
Mencari bukan untuk
mengajakmu ke arah jalan penzinaan
Iaitu melalui cara bercouple
@ bercinta sebelum nikah,
Tetapi mencari untuk
dijadikan pasangan hidupku,
Mencari dengan cara yang
dibenarkan syariat,
Iaitu menerusi doa kepada
Yang Maha Mengetahui,
Mencari untuk mengikat
hubungan melalui perkahwinan,
Diriku ini tidak mahu
mencarimu dengan cara yang dimurkai oleh Allah,
Iaitu dengan bermesej,
berjumpa, berpegangan tangan, membuka auratku, melunakkan suaraku pada yang
bukan hak,
Moga dijauhkan dari
cinta yang mengundang kemurkaanMu,
Moga cinta kita bersemi
selepas akad nikah,
Doaku moga Allah pilihku
untuk tergolong dalam golongan gadis solehah,
Solehah sebelum dan
selepas nikah,
Kerana itu adalah
sebaik-baik perhiasan dunia,
Moga dipadankan dengan
hambamu yang soleh,
Untuk bercinta dalam
cintaMu,
Saat itu pasti akan
tiba….
PESANAN UNTUK
KAUM ADAM
Jika tiada ikatan akad
nikah yang menghubungkan kita,
Engkau bukan jodohku
lagi,
Janganlah engkau cuba
ingin membeli cintaku dengan harga yang murah,
Membeli cintaku dengan
harga mesej, chatting dan hadiahmu,
Belilah cintaku ini
dengan harga yang sangat tinggi,
Iaitu harga
tanggungjawab seorang suami melalui perkahwinan,
Jagalah dirimu daripada
laranganNya,
Moga Allah menjagaku
daripada melakukan laranganNya juga,
Aku tidak boleh
menjagamu lagi kerana engkau bukan tanggungjwabku,
Tanggungjawab itu hanya
selepas kahwin,
Aku serahkan engkau
untuk jagaan Allah,
Kerana sebaik-baik
penjagaan ialah jagaan Allah,
Ku doakan moga Allah
menjagamu,
Menjagamu daripada
fitnah dunia iaitu daripada godaan wanita lain,
Persiapkan sebanyak mungkin
bekalan ilmu,
Bekalan untuk mendidikku
dan anak-anakku nanti,
Aku sedia menanti
kehadiranmu dalam keadaan diriku dan dirimu yang sudah bersedia,
Bersedia untuk memikul
amanah Allah iaitu amanah rumah tangga,
Jadikan masa sebelum
pernikahan ini untukmu membuat sebanyak mungkin persiapan,
Latih kesetiaanmu dengan
menjaga batas pergaulan dengan wanita lain,
Serlahkan kebijaksaanmu
dengan bijak menangkis tipu muslihat kaum hawa,
Tundukkanlah pandanganmu
untuk menjaga hatimu,
Cintailah diriku kerana
agamaku,
Bukan kerana fizikalku
kerana ia tidak kekal,
Di mana pun engkau
berada moga Allah satukan kita,
Satukan kita dengan niat
ingin mencari keredaan Allah,
Dan juga ingin menjaga
maruah diri dan pandangan kita,
Yang ingin kita bina
Syurga Dunia dalam redhaNya,
Bukan keluarga biasa
tetapi Baitul Dua’t,
Kerana lelaki yang baik
untuk wanita yang baik.
Lelaki yang soleh hanya
layak dipadankan dengan gadis solehah,
Untungnya suami yang
soleh kerana mendapat isteri yang solehah,
Kerana isteri yang
solehah itu sebaik-baik perhiasan dunia,
Hati yang bertaut dengan
niat dan cara yang betul,
Iaitu cara yang mengikut
syariat,
Akan membuahkan
keindahan cinta dalam cintaNya..
Sabarkan dirimu duhai
hati,
Kerana saat itu akan
tiba jua…….
Cinta itu kita boleh memilikinya sebelum atau selepas kahwin,
Diriku memilih untuk memilikinya selepas kahwin……..
cinta yang diredhai ALLAH..
nikah atau tundukkan pandangan dan menjaga maruah diri
“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
[QS an-Nuur, 24:32]
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
pilihan sama ada[QS an-Nuur, 24:30]
menjadi perempuan yang baik dan dapat lelaki yang baik,
menjadi perempuan yang keji dan dapat lelaki yang keji..
“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”
[QS An-Nuur, 24:26]
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
[QS Ar-Rum, 30:21]
“Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)
Bacalah doa:
“Ya Rabb kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al Furqon: 74).
dalam doa ini kita minta pasangann sebagai penyenang hati dan moga Allah memilih kita menjadi imam kepada siapa? kepada orang yang bertaqwa.
semoga teguh dalam penantian ukhti fillah. terpelihara dan terjaga.
ReplyDeleteamin.... moga kita terpelihara dan terjaga... jzzkillah ukhti ^_^
Delete