Hadirnya Akhwat dalam hidupku tanpa ku minta
Anugerah berharga daripada Pencipta
![]() |
di UMT la kita akan menghabiskan masa selama 3 tahun untuk melaksanakan amanahNya... |
Akwat datang membawa cahaya
Teguran ilmiah menyentuh hatiku
Akhwatku,
Jika diriku melakukan kesalahan
Tegurlah diriku yang hanya insan biasa ini
Teguranmu amat bermakna bagiku
Memberi peringatan dikala leka
Tidak ku pinta emas dan harta
Cukup sahaja dengan doa dan perhatianmu
suka dan duka dapat dikongsi bersama |
Suka dan duka dapat dikongsi bersama
Mewarnai hiduku dengan penuh keceriaan
Akwatku,
Dikala sendirian aku menangisi segala salah silapku terhadapmu
Aku malu untuk berhadapan denganmu
Tapi aku kuatkan semangatku untuk berhadapan denganmu
Aku tahu akhwat dapat menerima diriku ini seadanya
Aku teringat Sabda Rasulullah S.a.w :
Seseorang itu berada di atas agama kawannya
Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya
( Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi )
Jadi aku sentiasa mencari peluang
untuk berada di sisi akwat-akhwat
Jika kita mendekati penjual wangian
Kita akan turut berbau wangi
Murabiahku
Terima kasih atas segala usaha dan perhatianmu
Engkau jalankan amanah dengan sungguh-sungguh dan teratur
Dalam diam-diam aku mengagumimu
Aku menyedari sukar bagiku untuk menjadi sepertimu
Tetapi aku akan cuba untuk mencontohimu
Engkau telah menunjukkan aku qudwah yang baik
Alhamdulillah
Betapa ramai orang disekeliling kita sedang kesunyian dan berduka ??
dilayan teruk oleh kawan-kawannya ??
Segala kesedihan, kesakitan dan masalah tidak dihiraukan ??
tiada tempat untuk berkongsi suka dan duka....
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kawan-kawan yang beriman kepadaku,
Sesungguhnya aturan Allah adalah yang terbaik
Segala kebaikan datangnya daripada Allah
Semoga ukhwah ini berkekalan hingga akhir hayat
![]() |
" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali merka yang bertakwa " (43 : 67)
|
buah yang sudah dipetik - 04
~~ asrama Ibnu Majah, UMT ~~
friendship is a gift...
No comments:
Post a Comment