Monday 10 June 2013

JALAN TARBIYAH INI ADALAH PILIHANKU

** special dedicated to all my akhwat / ikwah fillah



** sila baca dengan mood yang santai, tenang, hayati puisi ini dengan sepenuh hati.. lapangkan fikiran dan emosi kita supaya dalam kondisi yang seimbang dan stabil.. bayangkan diri kita yang didalam puisi ini.. insya Allah..


ALHAMDULILLAH kerana Rahmat, Kasih Sayang dan KemurahanNya, diri kita masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini sehingga ke saat ini. Jika nyawa telah dipanggil oleh PemilikNya, ibadah, kerja, study, makan, dan lain-lain aktiviti tidak dapat diteruskan lagi. Sedarkah kita betapa besarnya nikmat peluang Masa Hidup di muka bumi ini, tidak kira, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua serta tidak kira kaya ataupun miskin.

Cuba bayangkan, jika kita tidur malam ini dan tidak bangun-bangun lagi??


Itulah malam terakhir kita di dunia ini..
Kita akan tinggalkan ibu, bapa, adik beradik, ikhwah, akhwat, kawan-kawan, anak-anak, suami, isteri, rumah, laptop, ipad, baju yang kita sayang, dan sebagainya.. 
Adakah itu nikmat pemberianNYa yang paling berharga buat kita??
Tetapi sedarlah kita akan tinggalkan semua itu..
Kita akan tinggalkan mereka buat selama-lamanya..
Dan akan kembali kepada pencipta kita..

Apa yang boleh kita bawa bersama nanti untuk menemani kita dalam kubur??

Bersediakah kita dengan bekal-bekal tersebut??
Apakah persediaan kita untuk menjadi ahli kubur??
Adakah kita sudah settle kan urusan, hutang-hutang dan hak-hak dengan Pencipta kita??
Macam mana pula urusan dan hak-hak kita dengan manusia??
Hutang piutang, urusan maaf, harta, barang-barang yang dipinjam dan sebagainya??
Adakah kita semakin lena dibuai dosa-dosa harian tanpa hiraukan seruan untuk segera bertaubat atas dosa-dosa kita ??
Adakah kita terlalu yakin dengan taubat kita yang 2 minggu lepas??
Macam mana pula dosa-dosa dan sisa-sisa maksiat dalam diri kita ??
Sudah di settle kan atau belum mengikut undang-undang dan peraturan Allah??

Duhai diri yang leka dengan keindahan dan keseronokan palsu dunia yang sementara ini...


Sedarlah sebelum terlambat...
Sedarlah dan bersyukurlah dengan nikmat nyawa ini...
Sedarlah dan u-turn lah balik kepada tujuan asal kita diciptakan oleh Allah..

Masya Allah, Aku telah tersasar jauh daripada tujuan penciptaan aku ini,,
Aku ingin berubah...
Tetapi titik dan starting point mana yang harus aku lakukan??
Aku buntu,, Aku buntu dan tanpa disedari air mataku bercucuran..
Anehnya, aku rasa satu ketenangan yang luar biasa,,
Perasaan apakah itu??
AKu tahu, itu perasaan yang berkobar-kobar untuk berubah, untuk kembali mengadu kepada Sang Pencipta
Lalu doa yang setulus hati dipanjatkan kepada Yang Maha Mendengar..


Lalu Tuhanku mengabulkan doa ini,,
Dikumpulkan didalam majlis ilmu bernama "halaqah" dikurniakan seorang murabiah diamanahkan untuk memantau diri ini,
Malah dikurniakan akhwat-akhwat yang sama-sama ingin merubah diri,
Masya Allah sungguh indah pengaturan hidup ini YA Allah,
Engkau tahu aku tidak kuat untuk berubah sorang-sorang,
Jadi Engkau temukan orang yang ingin berubah, orang yang ingin membaiki diri, orang yang dahagakan tarbiayah(didikan) dan orang yang berkoraban untuk mencari keredaanMu disepanjang jalan ini denganku..
Alhamdulillah, Engkau hadiahkan satu pakej tarbiyah yang lengkap untukku..
Diriku, halaqahmateku, murabiahku, akhwat-akhwat yang lain,,

Sungguh indah ku rasakan ukhwah ini iaitu saling berkasih sayang untuk lebih berkasih sayang kepada Ya Rabb,,
Ukhwah ini turut dilengakapi dengan ukhwah imaniah iaitu saling memantau "mutabaah(amalan sunat harian sprt tahajjud, dhuha, istighfar, tilawah dan lain-lain)" sesama halaqahmate

Aku sedari, Engkau telah mengurniakan kurniaan yang lebih daripada yang aku pinta,,
Bukan setakat teman yang baik tetapi lebih daripada itu,
Malah Bukan seorang tetapi ramai dengan pelbagai kisah silam yang tersendiri,,
Tetapi disatukan hati untuk menikmati nikmat tarbiyah ini bersama-sama,,
Disatukan didalam halaqah, daurah, liqo', rehlah, mukhayyam, kem dan sebagainya,,
Pelbagai pengalaman, suka duka, penat lelah dilalui bersama,,

Kini Penciptaku menguji diriku ini setelah memberikan segala-galanya,,
Setelah Memberikan murabiah, akhwat, kesempatan untuk melalui jalan tarbiyah dan dakwah ini,,

Wajarkah kita ingin meninggalkan jalan tarbiyah ini kerana terlalu busy dalam tarbiyah, terdesak dengan masalah kewangan, masalah penat, masalah akademik down, masalah fitnah yang datang bertubi-tubi??

Wajarkah kita mengeluh dan bersangka buruk kepada sang Pencipta??

Lupakah kita dengan pakej tarbiayah yang diberikan oleh Ya Rabb kita suatu ketika dahulu malah hingga ke saat ini??

Adakah kita sedar yang Ya Rabb kita telah memberikan nikmat tarbiyah sebelum menguji??

Patutkah kita mempersoalkan tentang ujian yang diberikan oleh Tuhan kita ini??

Sedarlah diri ini, yang kita berhak diuji oleh Pencipta kita,,
Pencipta kita ingin menguji kita, ingin mendekatkan diri kita lagi kepadaNya, ingin menjadikan kita semakin kuat dan semakin tabah....

Kita selalu mengeluh, "Ya Allah beratnya ujian ini"

Ya RAbb berfirman,

 "Allah tidak akan membebankan sesorang itu melainkan sesuai dengan kemampuan dirinya" 

Kini baru ku sedar mengapa ujian seseorang itu tidak sama walaupun sama-sama berada dalam jalan dan laluan tarbiah ini..

Benarlah firman-Nya dalam surah al-‘Ankabut (29) ayat 2 mafhumnya yang bermaksud;

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”
tidak mahu diuji? kita kena ingat bahawa ujian yang menimpa kita telahpun menimpa orang lain juga. orang-orang sebelum kita wujud lagi.

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
[al-‘Ankabut(29):3]

kerana sememangnya hidup itu satu ujian daripada Allah untuk menilai kita.


“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”
[al-Mulk (67): 2]


ujian untuk kita kembali kepada Allah sebenarnya. tidak kiralah ujian itu berbentuk kesenangan ataupun ujian kesusahan.


“Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”
[al-A’raf (7): 168]

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... ....... 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 

QURAN MENJAWAB 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

QURAN MENJAWAB 

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
- Surah Al-Baqarah ayat 216 

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

QURAN MENJAWAB 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " 
- Surah Al-Baqarah ayat 286 

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 

QURAN MENJAWAB 

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." 
- Surah Al-Imran ayat 139 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB 

"Dan mintalah pertolon
gan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
- Surah Al-Baqarah ayat 45 

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 

QURAN MENJAWAB 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? 
- Surah At-Taubah ayat 111 

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB 

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " 
- Surah At-Taubah ayat 129 


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 

QURAN MENJAWAB 

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." 
- Surah Yusuf ayat 12 
kesimpulannya, carilah semua jawapan bagi persoalan yang belum terungkai difikiran kita ini dengan membaca, memahami, mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah.. sesungguhnya setiap percakapan dan perbuatan kita akan dipersoalkan di akhirat kelak...

ujian itu tarbiyah direct daripada Allah


buah yang sudah dipetik - 13
~~ asrama Kuisas At1-11 ~~
iqab kena update blog from my beloved "M"...



2 comments:

  1. jzkk ukhti ~ terkenang ukhuwah bentuk 'hati ' itu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ukhti... hehe.. ana tiada dalam gambar tersebut tetapi gambar tersebut cukup special bg ana....

      ~ ukhwah hati ~

      Delete