Monday 10 June 2013

KETIKA STUDY DOWN...



Ikuti perbualan seorang ustaz dengan pelajarnya

Farah : ustaz, saya ada masalah, pilihan yang saya buat membuatkan hati saya tidak tenang, adakah saya telah membuat pilihan yang salah?

Ustaz : boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik bagimu dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu tetapi ia baik bagimu.

Farah : saya dah buat istikarah, erm ustaz ni bukan pasal jodoh, pasal benda lain.

Ustaz : oh, saya ingat pasal jodoh.. kadang-kadang Allah tidak bagi apa yang kita minta kerana Allah tahu kita tidak mampu untuk menghadapinya. Contohnya :

Sepasang suami isteri telah berkahwin hampir lima tahun tetapi masih tidak dikurniakan anak, mereka selalu berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak. Akhirnya Allah memakbulkan doa mereka, dan mereka dikurniakan seorang anak. Anak mereka seorang yang hyperaktif dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaganya. Pada suatu hari, anak yang berumur 3-4 tahun itu bermain-main di sekitar ruang tamu dan menyelerakkan ruang tamu dengan banyak kertas. Lalu datang ibu memarahi anak tersebut, kanak-kanak tersebut berlari keluar ke luar rumah lalu dilanggar oleh sebuah kereta. Anak itu dikejarkan ke hospital, ibu itu sangat menyesali perbuatannya itu ketika melihat kertas yang bertaburan di ruang tamu itu.. ibunya berkata, “mainlah anakku, ibu tidak akan marah kamu lagi”

Persoalannya, kenapa allah tidak kurniakan mereka anak 5 tahun lepas? Sebabnya Allah tahu mungkin mereka belum bersedia dan belum mampu untuk menjaga anak tersebut.

Kita tengok, walaupun ibu tadi tidak suka anak mereka menyepahkan ruang tamu, tetapi itu sebenarnya yang terbaik untuk anaknya. Begitu juga diri kita, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Farah : hatiku cukup tersentuh dengan penerangan ustaz tadi, diriku ingin bersendirian dan menangis sepuas-puasnya. Saat sekarang saya sangat down dengan study, final exam dah xlama dah. Macam mana ni? Saya bimbang sangat-sangat ni..



Ustaz : Oh pasal study, carry marks berapa? Midterm macam mana? Final exam bila?

Farah : carry marks xtahu lagi, midterm ok la and final exam akhir bulan 3 and awal bulan 4.

Ustaz : ok la, kita fokus pada apa yang tidak lepas lagi iaitu final exam. Pertama sekali kita kena betulkan niat kita study, study kerana Allah bukan study kerana pointer.. jadi kita check balik, adakah kita study kerana nak jaga pointer? Kena ingat kalau kita terlalu pentingkan pointer daripada keutamaan yang lain maksudnya pointer itu dunia, jadi kita lebih pentingkan dunia daripada akhirat.

Adakah kita sangat bimbang dan runsing ketika iman kita down? Ketika kita tidak dapat menjaga solat kita dengan sempurna? Sepatutnya jika iman kita down kita patut lagi bimbang. Sebab ini semua untuk akhirat. Sebab dunia ini adalah ladang untuk bercucuk tanam dan diakhiratlah tempat untuk menuainya.



Ok, untuk study, awak kena usaha sungguh-sungguh, usaha sehabis mungkin seterusnya bertawakkal kepada Allah. 

Contohnya jika awak parking motor awak dalam kawasan berpagar dan awak hanya kunci pagar tersebut tetapi awak tidak kunci motor tersebut dan awak masuk kedalam rumah dan bertawakkal kepada Allah agar motor awak tidak dicuri. Adakah awak telah usaha sehabis mungkin untuk mengelakkan motor awak daripada dicuri? Tidak, padahal awak boleh kunci motor itu juga. 

Begitu juga dalam study awak, usaha sungguh-sungguh dan sebaik mungkin seterusnya berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kita study bukan kejar pointer, tetapi kita study dan buat yang terbaik kerana Allah.

Farah : insya Allah ustaz. Sekarang saya dah tahu kenapa saya down study. Saya kena check balik hati saya, iman saya.

Ustaz : dekatkan diri dengan Allah, banyakkan berdoa, sentiasa jaga dan pantau iman kita, study betul-betul kerana Allah, seterusnya bertawakkal. Maybe awak kena sibukkan dengan persatuan atau aktiviti luar, NGO ke. Ke awak tengah bercinta sekarang?

Farah : Bercinta? Tidak, saya tidak terlibat dengan percintaan. Belum tiba masanya. Saya dah join dah aktiviti luar,halaqah dan aktiviti lain serta cuba sibukkan diri dengan sesuatu perkara kearah kebaikan. Dan saya yakin apa yang saya buat dan pilih ini baik bagi diri saya. Terima kasih ustaz, sekarang saya ada kelas. Assalamualaikum

Ustaz : ok sama-sama. Waalaikummusalam.....

So check balik niat dan keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu perbuatan.. ingatlah banyak sesuatu yang akan terhalang jika perbuatan itu tidak disertai dengan keikhlasan.

Allah Ta'ala berfirman:

‏ وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين القيمة
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Sejauh mana ikhlas mempengaruhi perbuatan kita?

Dari Abu Hurairah, iaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian." (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya Allah tidak tengok pada luaran kita tetapi Allah tengok pada hati kita.. wow, sila check penyakit hati kita dan dapatkan ubatnya sekarang, jangan tangguh-tangguh lagi. Lau kita sakit jasmani kita segera jumpa doktor dan makan ubat, macam mana jika rohani dan dalaman kita sakit? Jumpa doktor yang tepat dan dapatkan ubat yang tepat..

Urm, mutabaah minggu ni dah penuh ke? Xlagi, apalagi ada masa free luangkan masa untuk bertahajud, dhuha, istighfar, mathurat dan baca Al-Quran satu juzuk sehari.. latih diri untuk disiplin dalam keimanan.

Jika bimbang pasal study, bimbang juga pasal iman kita yer!!
Jika dalaman kita sakit, luaran kita pun turut t’effect yer...


moga kita sedar, apa yang sepatutnya kita priority kan, adakah hidup kita sekadar untuk study sahaja? akademik juga penting supaya kita menjadi Umat Islam yang berpengetahuan tetapi kita jangan sesekali lupa tempat kembali kita iaitu negeri akhirat...



hakikat dunia dan akhirat

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu akan negeri akhirat, dan jaganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti mana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”
[QS al-Qasas, 28:77]



“ Ya Allah, jauhilah aku daripada musibah ini dan gantikanlah daku dengan yang terlebih baik”

“ Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka, muliakan kami dengan cahaya kefahaman, bukakan pengertian ilmu pada kami dan bukalah untuk kami pintu-pintu anugerah-Mu, wahai Zat Yang Paling Penyayang”

Selamat study, selamat menjaga iman... jadilah muslim yang belajar, ingat result adalah feedback study kita... lakukan sesuatu sebelum terlambat... wassalam


arsrama kuisas 2012/2013


No comments:

Post a Comment