Monday 24 September 2012

JAMBORI MAHASISWA NASIONAL 2012

ASSALAMUALAIKUM...

kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menyertai JAMBORI MAHASISWA NASIONAL 2012 anjuran NEO SYNERGY TRAINING CENTRE (NSTC) yang merupakan perkhemahan tahunan Siswi Synergi....
Perkhemahan kali ini menjanjikan kelainan dari segi tempat dan aktiviti....





dua trip dari terengganu mengorak langkah dengan menaiki sebuah kereta dan dua orang menaiki bas... Farahim dan kak Egy menaiki bas ke Kuala Besut dan seterusnya menaiki teksi dari Kuala Besut ke Chalet Sri Telong. tempat perkhemahan ini tidak jauh iaitu di negeri sebelah iaitu KELANTAN...

semestinya hati sangat merindui negeri kelahiranku ini..... suasana kampung yang dingin dan mendamaikan...




slot " BERSAMA MASYARAKAT"

kami dikehendaki mencari sebuah rumah yang ada tertampal sticker Neo Synergy Training Centre untuk aktiviti amal iaitu membersihkan rumah berkenaan mengikut permintaan tuan rumah....

Pelbagai negeri bertandang ke Kelantan,
meluangkan masa di chalet Sri Telong,
Jambori Mahasiswa menjadi tujuan,
Disemai amalan untuk  tolong-menolong...

ini yang kami cari

kemas rumah

baju yang telah dijemur

tuan rumah belanja air kelapa dan air nira....
                                   

slot "ATHLETIC AKHWAT "

PELBAGAI AKTIVIT yang santai dan menyeronokkan kami antaranya lari dalam plastic sampah, makan pisang, main-main dalam air pantai, main tarik tali, bina istana pasir dan lain-lain.....

aktiviti ini memberi peluang untuk kami saling berkenalan anatara satu sama lain kerana setiap group terdiri daripada pelbagai jenis IPT termasuk dari Sabah.... hehe... best jugak dengar perkataan orang sabah ni....



slot "MASAK"

 kami  belajar cara sembelih ayam dan membersihkan ayam seterusnya masak untuk makan tengah hari....
tengok baik-baik, kemudian sembelih sendiri yer...

potong ayam

ayam yang belum dimasak

rebus dulu bagi lembut

sedapnya.....


bekal sepanjang perjalanan
slot " KEMBARA MUSAFIR"

1) sangat bersemangat untuk menuju ke destinasi pertama iaitu untuk mencari setimbun kelapa (semua task dalam dialek kelantan)... kami ditugaskan untuk mengupas kelapa dan kukur kelapa sekali dan diberi minum kelapa muda untuk menghilangkan dahaga kami
gambar ni from azmira.......



2) next task ; balaisah (madrasah untuk solat dhuha)

3) next : rumoh ija > kiri > kanan > straight ( ingatkan untuk buat apa, rupa-rupanya belajar tanam pokok dan bersihkan ubi ) dapat ilmu dan pengalaman yang sangat berguna

tanam sayur


4) next : pergi rumah sebelah ( belajar buat kuih akok ) makcik tunjukan demo dan seterusnya kami buat sendiri dan setelah kuih akok masak, apa lagi makan...
setrelah diadun

dibakar

dah masak

5) next : buat kuih ( then kami makan )

6) next : bantu-membantu untuk menghabiskan pisang secara berpasangan

7) next : tangkap ikan menggunakan jaring sebanyak dua ekor ikan talapia.... setelah itu bawak balik kat chalet untuk dibuat masak merah
tangkap iakn talapia dalam kolam menggunakan jaring


8) lastly: bowling kelapa ( tempatnya sangat damai dan jauh dari manusia-manusia) masing-masing menunjukkan bakat terpendam dalam pertandingan bowling kelapa ....


9) next: balik chalet untuk masak.. perut sudah terasa lapar setelah menyelesaiakn semua task dengan jayanya....

ready nak makan


*** setelah makan kami berarak ke dewan untuk slot evaluasi 

bergambar kenangan bersama akhwat sebelum masing-masing meninggalkan chalet menuju destinasi masing-masing.....

mukhayyam kali ini sangat special, dapat hadiah ( kain batik dan budu) kenangan indah dari kelantan.....





banyak pengalaman yang kami timba sepanjang kem ini......sesungguhnya pengalaman tidak boleh dibeli dengan masa...  semoga ukhwah kita berkekalan .. insya Allah...

kami meneruskan perjalan pulang ke Terengganu.. sebelum sampai di BARJAN, kami singgah makan bersama akhwat di Setiu..

 last sekali ingin berkongsi tentang bingkisan yang terdapat dalam kertas comel ini iaitu mengenai tahapan ukhwah. ada beberapa tahap berukhwah yang boleh kita nikmati :


1) ta'ruf - saling mengenal
2) tahaabub - saling cinta
3) tafaahum - saling memahami
4) tanaashuh - saling menasihati
5) takaarum - saling menghormati
6) ta'awun - saling menolong
7) tahaadu - saling memberi hadiah
8) tadaa'u - saling mendoakan
9) tahafudz - saling menjaga nama dan kehormatan 
saudara dan tidak saling menjatuhkan
10) tazaawur - saling mengunjungi
11) tasholuh - saling mendamaikan

" tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya "
(HR BUKHARI & MUSLIM)

BLH REFER : JAMBORI MAHASISWA SYNERGY

buah yang sudah dipetik - 8
~~ Baitul Raudhatul Jannah (BRJ) Terengganu ~~
indahnya saat disatukan di Mukhayyam ini RJ,Nfwd,Naaz,Daa,Fu...

No comments:

Post a Comment