Sunday 29 April 2012

SAAT HATI TERUSIK

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....


NUR               : Assalamualaikum kak, sy ada masalah sikit..


KAK SITI       : Masalah apa Nur??   

NUR               : Macam mana nak jaga hati?? 
                          saya dah  cuba tapi susah sikit...


KAK SITI      : Sibukkan diri dengan kebaikan.....


Pada suatu hari, satu mesej sangat istimewa daripada kak siti menerjah imbox mesejku...


KAK SITI      :
The only wise thing to do is fire mr. defeat!
You don't need him.
You don't want him around telling you can't,
You are not up to it,
You will fail and so on
Mr.Defeat won't help you get where you want to go, 
So,
Boot him out!!!
Use mr. triumph 100 percent of time
He will show you how you can succeed
Selamat Study.

NUR              :  Syukran kak....


Apakah sebenarnya yang cuba di sampaikan oleh penulis dalam dialog tersebut??
Sekadar suka-suka??

Tidak...



  • Jangan biarkan masalah hati anda menggangu kehidupan anda,, Jangan biarkan zina hati meresap masuk dalam hati anda... Carilah solusi untuk menanganinya....

 Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,

" Carilah hatimu di tiga tempat:  
   pertama, ketika membaca al-Qur'an; 
  kedua, ketika solat; 
 ketiga, ketika mengingat kematian. 
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu,
 maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, 
sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"

(Amru Khalid, 'Ibadatul Mu'min) 


  • Berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui, luahkan segala-galanya.... Carilah Cinta Allah dan Rasul dahulu sebelum mengharapkan cinta manusia...


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
( SURAH AL-GHAFIR 40 : 60 )

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186).


  •  Mintalah bantuan daripada orang yang boleh dipercayai agar dapat membantu kita.. mintalah pendapat daripada akhwat, Insya Allah mereka akan cuba sedaya membantu kita


Sabda Rasulullah s.a.w : 

“seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.

-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.



  • Sibukkan diri dengan kebaikan, Jika kita tidak sibukkan diri dengan kebaikan, kita akan disibukkan dengan kebatilan.. ingatlah, kebatilan yang tersusun dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.


Saidina Ali R.A pernah menyebut: 

"Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang". 

Hal ini membuktikan bahawa pegurusan terhadap sesuatu urusan sangat penting. sangat bersesuaian dengan kata-kata " if we fail to plan, we paln to fail " .. sentiasalah merancang waktu dan aktiviti anda. jangan biarkan masa dan waktu berlalu tanpa melakukan amal ibadat dan sesuatu kebaikan dengan istiqamah...


  • Gunakan kata-kata motivasi untuk memotivasikan diri kita... misalnya Cinta Allah dan Rasul adalah no satu.... sentiasa motivasikan diri dengan kalam-kalam Allah yang indah ini..

" siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shaleh dan berkata ' sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ' "
( Fushilat 41: 33 )

Ingatlah selalu pesanan Baginda S.A.W

    " sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak    menangis "
( Riwayat Bukhari )




  • Apabila kita meminta nasihat, cubalah mematuhi / mengikuti nasihat itu. Kalau anda meminta nasihat daripada doktor mengenai penyakit anda, anda akan cuba mengikut nasihat doktor tersebut.. Betul tak??










  • Sekarang dah dapat solusinya, jadi amalkannya secepat mungkin.. Jika Allah dah bagi kita hidayah kearah kebaikan, segeralah mengerjakannya, sebelum hidayah itu menghilang



Katakanlah (Muhammad), " Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sehat, agar kamu beruntung." [QS Al-Maidah, 5:100]




  •  Sesungguhnya Hidayah itu tidak boleh ditunggu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari hidayah tersebut dan istiqamah lah pada jalan kebenaran

" maka tetaplah Engkau Muhammad di jalan yang benar, sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."       ( Surah Hud 11: 112 )


Dalam satu hadith daripada Aisyah R.A , Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 

"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit" (Riwayat Bukhari & Muslim).



 "Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu), Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" [Asy-Syam, 91:7-10] 

~~~hidup ini adalah pilihan. kita hanya dua jalan sahaja,, iaitu jalan kejahatan dan jalan ketakwaan~~~~


buah yang sudah dipetik - 02
~~ asrama Ibnu MAjah, UMT ~~
hati jika tidak dijaga sangat bahaya...

3 comments: