Monday 28 May 2012

ANTARA CINTA DAN CITA-CITA


Antara cinta dan cita-cita, apa pilihan kita? Cinta manusia @ cita-cita ingin berjaya dalam pelajaran ?



Mengapa kita perlu mencari cinta manusia?  carilah cinta Allah dan Rasul dulu...



mengapa perlu cari cinta yang tidak halal itu..... padahal kita tahu,,

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, zina itu sungguh suatu perbuatan yang keji dan mungkar ”
( AL-ISRA’ 17: 31 )



Q : Saya hanya bercinta sahaja, mana ada menghampiri zina...
Sebenarnya kita lupa, bahawa zina itu bukan zina kemaluan sahaja, zina mata (apabila kita memandang yang bukan hak, contohnya seperti gambar) , zina tangan (kita berpegangan tangan, menaip mesej yang jiwang-jiwang dan menghairahkan )

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” 
[QS An-Nuur, 24:31] 
Jelas ayat ini menyarankan agar kita menjaga pandangan dan kemaluan kita, dari mata turun kehati, habis gelap hati kita dengan titik hitam,, apabila hati gelap, nasihat pun payah nak terima,,

Q : Kami tidak buat semua itu, kami couple islamik..

Dalam islam mana ada couple islamik,, yang ada hanya couple yang halal iaitu hanya selepas  ikatan yang suci  iaitu ikatan perkahwinan..... kita kena ingat walupun kita dah cuba untuk couple islamik, kita lupa ada satu lagi zina, iaitu zina hati,, bila berjauhan kita akan teringat apabila dikaitkan seseuatu yang berkaitan si dia.. memang susah nak jaga hati terutama dengan yang berlainan jantina, maklumlah charge +ve dan –ve.

Q : Saya rasa saya boleh kawal diri saya daripada semua zina itu..

Kita kena sedar yang kita hanya manusia biasa bukan malaikat, mungkin bukan sekarang tetapi pada masa hadapan kita boleh terjebak dengan zina, siapa boleh bagi jaminan?? Zina hatilah yang paling susah nak elak, susah tapi tak mustahil... walaupun susah kita kena elak  jugak..



Q : Saya nak tanda “dia” awal-awal.. takut-takut orang lain dapat, saya rasa dia seorang pasangan yang baik untuk saya dan bakal anak-anak saya




Adakah kita tahu perkara yang akan datang? Adakah kita yakin bahawa dia jodoh kita?? Umur kita sekarang berapa? 12 tahun, 14 tahun, 17 tahun?? Apakah persiapan kita untuk menghadapi gerbang perkahwinan ini?? Perkahwinan ini bukan perkara yang main-main... jika kita tengok status penceraian dan status anak luar nikah, sangat membimbangkan,, adakah kita mahu status itu bertambah melalui diri kita....??? Gunakanlah masa ini untuk memilih dengan betul-betul bakal pasangan kita yang akan mendidik anak-anak kita nanti

Couple itu suatu pembaziran... kenapa?? Berapa ringgit kita gunakan untuk membuat panggilan @ sms dengan dia??

Kenapa tidak kita gunakan kredit itu untuk menanyakan khabar ibu bapa, adik-beradik dan kawan sejantina... sebarkan mesej-mesej yang mengandungi kata-kata nasihat kearah kebaikan dan kesabaran

“ demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugiaan. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran...
(AL-‘ASR 103 : 1-3 )

AHMAD : nak tahu tak, dulu kawan aku Wan bercinta dengan Wani. Memang Wan sangat sayangkan Wani. Tetapi, keluarga Wani menerima lamaran seorang lelaki yang bekerjaya untuk Wani,

FATIN : Apa yang terjadi kepada Wan selepas mengetahui berita ini?

AHMAD : Hampir nak pengsan, Wan mesej dan call Wani, tapi tiada responds, Wan hampa, dirinya tidak terurus, makan tak lalu, tidur tak lena

FATIN : Bahaya ni, Wan tak berniat untuk balas dendam kan??

AHMAD : Nasi dah jadi bubur, Wani sekarang dah jadi isteri orang.

FATIN : dulu time couple janji nak setia pada yang satu, nak sehidup semati, apa buktinya??

AHMAD : Tu la perempuan, bila dah ada pilihan yang lain, yang lagi kaya, lupa semua janji.

FATIN : Nak salahkan perempuan pulak, hidup ini banyak pilihan, apa salahnya jika kita memilih yang lebih baik, tak kan kita nak berkahwin banyak kali.

AHMAD : Justeru, baik tak payah couple, tiada siapa yang boleh bagi jaminan yang kita akan berkahwin dengan pasangan couple kita. Baik kita gunakan masa yang ada untuk mengubah diri masing-masing kearah kebaikan.ingat janji Allah,
“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” 
[QS An-Nuur, 24:26]
FATIN : Betul tu, aku sokong..

Q : Harap-harap saya dapat bakal suami yang soleh dan beriman,

kita boleh nak dapatkan pasangan yang soleh @ solehah, tetapi dengan satu syarat, jadilah soleh @ solehah dulu, insya Allah... kita kena yakin dengan janji Allah.. kerana siapa yang paling menepati janji selain ALLAh....
"Harta yang paling utama adalah lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu suami menegakkan imannya." 
[HR Tirmidzi]

ASYRAF : Siti, saya tinggal di KL, kawan-kawan saya agak sosial, apabila celebrate birthday, kehadiran wanita agak biasa bagi mereka, duduk berdua-duaan dengan pasangan masing-masing dan perbuatan mereka macam pasangan yang dah berkahwin,

SITI : Astaghfirullahhal azim, kenapa awak berkawan dengan orang macam tu? Awak tak terpengaruh ke?

ASYRAF : mereka tu kawan satu sekolah saya, walaupun kami sekolah agama, tetapi perangai sama dengan orang lain. Saya tak terpengaruh dengan mereka, mujurlah saya ada ibu bapa yang memantau hidup saya mungkin disebabkan saya anak sulung.

SITI : Alhmdulillah, awak pilih la kawan yang dapat membawa awak ke arah jalan kebaikan, study betul-betul, kita masuk matrix ni tujuannya untuk study dan berdakwah (amar makhruf, nahi mungkar )


ASYRAF : Betul-betul, kalau kita ikut kebanyakan orang didunia ini nescaya mereka akan menyesatkan kita di jalan Allah, kita akan dikatakan kolot jika tidak mengikuti perkembangan semasa

SITI : kalau kita terlalu ikut perkembangan semasa, orang couple kita nak couple gak, orang berzina, kita pun terpengaruh gak, orang tidak tutup aurat kerana ikuti fesyen terkini, kita pun ikut, hasilnya, masalah sosial semakin membimbangkan

ASYRAF : serius saya cakap, nak cari perempuan yang betul-betul baik, susah, siapa yang dapat, untunglah..

SITI : Setuju



Q : apakah tindakan yang perlu saya lakukan ?

Sekarang dah tahu couple itu haram, tinggallah perbuatan itu secepat mungkin, dekatkan diri dengan ALLah, banyakkan berdoa agar diberi kekuatan, buanglah segala kenangan bersama, tukar nombor baru, sibukkan diri dengan study dan perbuatan lain, apabila teringat nak couple balik, segera dapatkan nasihat dengan  seseorang @ baca blog-blog berkenaan.. tetapkan tekad untuk tidak couple lagi,, dan yang paling penting jangan pernah menyesal clash, ingat, ALLah akan gantikan kita dengan lelaki @ wanita yang lebih baik..... Insya ALLAH, walaupun kita tidak suka clash itu, tetapi clash itulah yang terbaik untuk kita,,



"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  
[QS al-Baqarah, 2:216] 
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita....

Kejar CINTA-ALLAH, kejar CITA-CITA-UNTUK DAPAT SYURGA ALLah



"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” 
[HR an-Nasa’i dan Ahmad]

buah yang sudah dipetik - 03
~~ Surau Al-Irfan, UMT ~~
antara cinta dan cita-cita, nak dapat dua-dua...



8 comments:

  1. 2 - 3 hari lepas saya ada bertengkar dengan sowang blogger pasal hal nie ...
    terima kasih awak di atas pencerahan dalam artikel nie...
    kepada blogger di luar sana... kadang2 satu2 isu tu
    nampak simple tapi sensitif.. tahniah di atas ketelitian dalam penulisan...


    My web page - Myrtis

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yg baik datanya drpd Allah, jzzllah atas komen tersebut. moga bermanfaat ^_^

      Delete
  2. (Y).. terharu membacanya..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Y)... moga bermanfaat... semua yg baik dtgnya drpd Allah... T_T

      Delete