Assalamualaikum...
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Jom kita kenali bulan Ramadhan ini kerana jika tidak kenal maka tidak cinta. Moga kita tarbiah hati kita yang satu ini untuk jatuh cinta dengan Allah, Rasulullah dan dengan bulan yang dinanti-nanti oleh orang yang beriman iaitu bulan Ramadhan. Bulan penuh berkah, hanya setahun sekali.
Matlamatnya menjadikan kita makin bertakwa kepada allah..
Moga Ramadhan kali ini sebagai titik perubahan untuk diri kita..
Seperti yang digambarkan oleh Ibnu Qayyim
" Ibadah puasa adalah bentuk tadzkiyyatun nafs (penyucian jiwa) sehingga menjadi bersih dan kembali kepada fitrahnya.
Teringat perbualan dengan seorang akhwat
" Ramdhan akan menjelang tdak berapa lama lagi, akak rasa macam belum bersedia lagi untuk menyambut ramdhan kali ini"
" Maksud akak?"
" Dalam hendak menyambut Ramdhan kali ini, rasa kurang melakukan persiapan untuk menyambutnya berbanding ramdhan yang lepas"
" Ohh, sama la, saya pun macam tu juga, urm..."
KURANG PERSEDIAAN?
jangan jadikan ia sebagai halangan dan alasan untuk tidak kita manfaatkan ramdhan kali ini dengan sebaik mungkin.. Allah hanya offer untuk 30 hari sahaja daripada 365 hari.. jika dalam perniagaan kita mahu keuntungan malah mahu keuntungan yang besar, apa kata untuk perniagaan dalam ramadhan ini kita menjadi jutawan yang memperoleh keuntungan yang sangat besar. tapi ingat, nak dapat keuntungan bukan dengan banyak tidur dan goyang kaki tetapi dengan planning yang hebat serta usaha yang bersungguh-sungguh kerana Allah Maha Adil sesiapa yang berusaha dia akan dapat...
TINGKATKAN AMAL IBADAH
RAMADHANKAN HIDUPMU
Salam Kemaafan daripada ana (NurFarahim bt Wan Daud)